Kenderaan De-Controlled dengan BDM tidak melebihi 7,500kg
Menurut panduan MOT 2026, kenderaan barangan dengan BDM tidak melebihi 7,500kg dikategorikan sebagai De-Controlled. Kenderaan boleh membawa barangan milik pemilik atau syarikat bagi aktiviti perniagaan sendiri tanpa Permit pengendali APAD; pengangkutan barangan pihak ketiga bagi sewa atau upah memerlukan semakan lanjut terhadap keperluan Pembawa A. Keperluan kenderaan, keselamatan jalan raya, lesen memandu dan undang-undang lain masih terpakai. Geran, Body Type, pemilikan barangan dan kegunaan sebenar tetap perlu disemak.
Semakan terakhir: 3 Ogos 2026 · MOT 2026